Friday, 7 October 2016

TIPS MENARIK "PURCHASE" PAKAIAN SECARA ONLINE


Assalamualaikum semua, hampa semua sihat kaa hari nih?? Mr Mama doakan semuanya sihat belaka laa yer...hujung minggu ni eloklah bawak family keluar jalan makan angin baru life lebih seronok tak gituuu .. Oh ye, time cuti mcm ni la Mr Mama sempat nak sembang2 dengan hampa semua.. Memandangkan era sekarang ni canggih dengan kemajuan teknologi, bisnes online ni ibaratkan "bagai cendawan tumbuh selepas hujan" so, hari ni Mr  Mama nak kongsikan laa sikit  beberapa guideline untuk anda semua Tips Menarik "Purchase" Pakaian Secara Online. 

Selalunya macam2 masalah berkaitkan dengan isu membeli secara online, kena tipulah , saiz tak ngam, material low class & mcam2 lagi lahh.. So Mr Mama bagi laa sikit tips yang boleh menambahkan keyakinan anda untuk shopping pakaian secara dalam talian.....

TIPS #1 PASTIKAN MATERIAL PAKAIAN 

Material pakaian ni laa paling penting dalam elemen pembuatan pakaian. So, first thing first ialah anda semua perlu memastikan jenis material apa yang digunakan. Contohnya, cotton, lacoste, micro fibre, lycra, crepe dan lain-lain. Bukan apa laa yer teman2, kekadang kita nih nak rasa selesa untuk dress up so bila material tu nice baru yakin nak keluar berjalan. Untuk dapat kepastian material, Mr Mama suggest lah korang semua tanya kepada peniaga berkenaan atau boleh mencari maklumat jenis material tentang ciri2 material tersebut.

TIPS #2 KENAL PASTI CIRI-CIRI PAKAIAN

Nak membeli secara online nak look simple kan, tapi kekadang tuh rambang mata jugaklah nak pilih sebab banyak yang comel, segak and of course smart bila imagine kita yang pakai. So, sebelum rambang mata anda semua haruslah set kan ciri2 pakaian yang anda semua nak beli dan sesuai untuk kegunaan anda. Contohnya, blouse yang longgar untuk bersantai, tshirt cotton untuk beriadah dan lain2. Jadi, kenal pasti lah terlebih dahulu pakaian yang anda nak dengan melihat sejumlah gambar yang tertera befor dapatkan info lanjut tentang pakaian tu daripada peniaga berkenaan. 

TIPS #3 DAPATKAN SAIZ YANG TEPAT


Saiz pakaian sangatlah penting uollss, haaaaa tak kena saiz melenting kauu.. hahaha
Saiz ni penting sebab nak menjaminkan keselesaan kita supaya anda semua tidak memakai pakaian yang terlalu besar atau terlalu kecil daripada saiz tubuh badan anda. Sebelum membeli tu check la dulu carta saiz yang disediakan selalunya ada, kalau takdew direct terus dengan peniaga untuk tahu saiz yang available. So, dari situ anda semua boleh kenal pasti saiz yang diberikan samada dalam ukuran inci atau cm. Walaupun saiz yang dinyatakan dalam carta adalah saiz standard seperti S, M, L, XL tapi kena careful guys sebab ukuran sometimes berbeza. Pernah laa jugak Mr Mama beli baju ikut saiz standard, excited laa baju dah smpai, sekali pakai OMG ketat sangat nampak perut Mr Mama yang  macam belon nih.. huhuhu. 

Ukuran saiz nii ikut jenama and design walaupun saiz yang dinyatakan sama as standard. Jadi, semak lah terlebih dahulu yer korang. Tanya jew dekat peniaga untuk membantu mendapatkan saiz yang ideal dengan anda, tak da lah nak susahkan diri pulak nak tukar saiz selepas pembelian dilakukan. 

TIPS #4 BANDINGKAN HARGA & KUALITI

Sebut pasal harga ni mesti nak shopping ikut bajet kan? So mestilah anda semua nak kan pakaian yang menarik dengan harga yang menarik, senang citer harga sesuai dengan kualiti pakaian. Material pakaian dengan kualiti tentunya akan berbeza dari segi harga. Buatlah pembelian mengikut bajet yang anda dah tetapkan tapi tak salah pun kalau anda nak berbelanja lebih sekali sekala untuk dapatkan pakaian yang kualiti tinggi sebagai ganjaran untuk diri sendiri. Berbelanja tu kena berhemah yer guys, maklumlah ekonomi kita sekarang ni agak slow in growth so amat penting dapatkan pakaian dengan harga yang setanding kualiti yang diberikan. Lihat komen atau testimoni pelanggan2 sebelum nih untuk pastikan kesahihan dan feedback daripada customer lain. Last but not least, anda semua nak berjimat boleh juga membeli pakaian secara online dengan merebut peluang mendapatkan pakaian yang anda semua minat time jualan murah or lelong. 

(^_^) Semoga Tips menarik "purchase" pakaian secara online ini dapat membantu anda membuat pilihan yang bijak ketika nak membeli pakaian secara online daripada mana2 bisnes laa yerr..


No comments:

Post a Comment