Friday, 7 October 2016

TIPS MEMILIH WARNA PAKAIAN YANG SESUAI

Assalamualaikum semua, haaaaa lama kan takdew post daripada stylishcotton.co maaf lah yer buat hampa semua tertunggu tunggu pulak dengan update Mr Mama niee .. hehehehe

Busy nauu dengan hal-hal duniawi nii , almaklumlah ceq nii student lagi haaa .. Bila dah nama student macam2 hal lah kena tempuh demi segulung ijazah . Memandangkan stylishcotton.co ni entiti yang terlibat dengan industri design and fashion (cewahhh ajet glamour laa sikit) kami Mr Mama nak kongsi laa sikit beberapa tips dengan hampa.

Tips Memilih Warna Pakaian Yang Sesuai

Warna merupakan peranan utama yang mempunyai daya tarikan tersendiri dalam menonjolkan perihal mengenai cerminan peribadi atau emosi seseorang. Mengikut penilaian daripada kajian yang dilakukan, setiap manusia di muka bumi ini memiliki aura yang tersendiri apabila mengenakan pakaian menikut warna-warna tertentu. Sehubungan dengan itu, warna juga seringkali dikaitkan dengan simbolik kepada suatu budaya dan bangsa di Malaysia ini.
Apa sebenarnya yang menarik tentang warna ni yer??

Haa meh Mr Mama nak kongsikan sikit pengertian atau maksud di sebalik warna-warna yang wujud di sekililing kita. Perkongsian ini mungkin serba sedikit dapat membantu anda sebagai panduan untuk memilih warna pakaian yang hampa semua nak pakai...


1) PUTIH
  • Warna Putih melambangkan kedamaian, ketenangan dan kesucian. Jadi semua orang seharusnya ada at least sekurang-kurangnya sehelai baju bewarna putih.
  • Pakaian berwarna putih sesuai dipakai dalam keadaan cuaca yang panas lebih2 lagi kat Malaysia ni sebab warna putih bersifat memantulkan haba dan cahaya. Tapi kena la jaga sikit kebersihan dan warnanya yang boleh menampakkan bentuk badan.
  • Warna Putih ni dalam bahasa mudah adalah warna yang natural tak selfish bak kata orang putihh sebab boleh match dengan kesemua warna yang lain.
2)   BIRU
  • Warna biru ni dikatakan boleh meransang minda dan membuatkan komunikasi pemakainya lebih lancar dan teratur. Selain itu, ia juga melambangkan kepercayaan, kedamaian dan selamat.
  • Kebiasannya warna biru atau dalam code warna untuk cotton ialan "Dark Navy Blue" yang kita selalu nampak dipakai oleh pegawai penguatkuasa undang-undang seperti uniform Polis yang menggambarkan keselamatan.
  • Pakaian warna biru nih sesuai dipakai pada hari Rabu atau ketika mesyuarat, presentation atau untuk attend majlis yang melibatkan diri si pemakai untuk beriteraksi dan berkomunikasi dengan orang ramai ketika majlis. Orang yang menggemari warna biru kebiasaannya sukakan ketenangan. 
3)   HIJAU
  • Warna hijau yang sinonim dengan warna rumput serta daun sebenarnya memberikan ransangan alamiyah untuk merasai ketenangan dan tenteram kepada seseorang. Malahan bagi kita yang beragama Islam warna hijau adalah satu warna kegemaran junjungan besar Baginda Nabi Muhammad SAW.
  • Warna Hijau kelihatan sangat natural kerana sifatnya yang dekat dengan alam semulajadi seterusnya membuatkan seseorang yang memakai baju bewarna Hijau dilihat sebagai individu yang sukakan kedamaian dan tenang.
  • Sumber daripada kajian mendapati warna Hijau berfungsi sebagai pemancar kepercayaan dan kesihatan emosi yang positif kepada seseorang. 
4)  MERAH
  • Merah adalah simbolik kepada unsur tenaga yang menampilkan si pemakai tampak lebih yakin.
  • Warna Merah membawa maksud garang, tuah, kekayaan dan juga kuasa.
  • Sesuai dipakai pada hujung minggu di mana biasanya tenaga sudah berkurang selepas penat bekerja sepanjang minggu. Ianya dapat memulihkan tenaga dalaman si pemakai.
  • Merah juga mencerminkan keberanian, ketegasan, seksi serta menggoda. 
  • Tapi harus di ingatkan juga yer sedara sedari, elakkan untuk memakai warna merah ketika nak tenangkan anak kecil yang sedang menangis.
5)  HITAM
  • Warna formal yang selalu orang pakai dalam sesuatu organisasi atau bidang perniagaan.
  • Hitam juga sangat eksklusif untuk penampilan yang nampak elegan serta macho. Ingat tak iklan mamat jepun ni nama Ray cakap yang "Hitam itu menawan". 
  • Sangat sesuai untuk pemakai bertubuh besar yang nak kelihatan kurus.
  • Tidak digalakkan bagi mereka yang bekerja dalam sektor yang memerlukan daya fikiran kreatif kerana warna hitam disimpulkan sebagai warna yang tak dapat nak create imaginasi tinggi.
  • Memakai warna hitam membuat seseorang itu dikaitkan dengan karakter misteri. 
  • Hitam ditafsirkan sebagai warna yang menggambarkan sikap agresif seseorang. So sangat suitable untuk atlit berkumpulan yang nak tonjolkan sifat agresif pasukan terhadap pihak lawan. 

Tudiaaa, banyak jugak laa kan pasal warna yang kita tak tahu. Sebenarnya banyak lagi warna yang nak dikongsikan tapi ... jangan la bimbang yer Mr Mama akan post lagi Tips Memilih Warna Pakaian Yang Sesuai masa akan datang... boleh yer?? Harap tips di atas serba sedikit membantu sedare sedari semua memilih warna baju yang sesuai sebelum nak pakai tuu....

No comments:

Post a Comment