Friday, 7 October 2016

PANDUAN MEMILIH KAIN UNTUK T-SHIRT

Haii, berjumpa lagi kita yerrr. Okay hari ni Mr Mama nak kongsikan sikit lah yer dengan korang semua tentang PANDUAN memilih material untuk Tshirt,, senang citer laa kan Mr Mama nak share laa pasal jenis-jenis kain yang cun for baju tshirt..

Dalam dunia designing ni memang wajib lah kena ada ilmu mengenai jenis kain ni, kalau tak susah laa nak pilih kain yang best for baju kan.  Terdapat pelbagai jenis kain yang popular atau biasa digunakan dalam industri pembuatan t-shirt. Mesti ramai yang tak tahu kan jenis2 kain yang ada dalam pasaran untuk t-shirt ?? So, wajarlah Mr Mama kongsikan serba sedikit  ilmu tentang kain ni yerr.

Selalunya persoalan utama tentang t-shirt ni adalah berkaitan dengan harga. Harga kain untuk membuat t-shirt sebenarnya bergantung kepada harga bahan mentah dipasaran. So, lagi mahal harga mentah kain lagi mahal lah t-shirt yang korang nak beli tuu.

Persoalan lain yang sering ditumbulkan ialah kenapa kualiti kain berbeza walaupun material yang dipakai adalah sama contohnya "Cotton". Untuk pengetahuan semua, kualiti kain bergantung kepada dari negara mana bahan tersebut dibuat. Kualiti Cotton dari negara China, India & Bangladesh adalah berbeza. Jadi tak peliklah if harga dan kualiti t-shirt cotton dari setiap pengeluar juga berbeza. 

Pemilihan jenis kain yang tepat akan menghasilkan kualiti printing dan sulaman yang awesome. Baru syok pakai t-shirt kain selesa and design yang look live. 

Terdapat 5 jenis kain yang popular di Malaysia dalam industri pembuatan pakaian:

1) Tetra Cotton (TC 26)
Kain tetra cotton ni selalunya for those yang nak t-shirt dalam range bajet rendah. Jenis kain ini sangatlah meluas digunakan untuk baju muslimah, t-shirt tadika, and t-shirt sekolah. Kain jeins ini bukan 100% cotton dan kurang meresap peluh tetapi ia adalah material yang tahan lama sebab susah nak kembang. 

2) Cotton 100%
Kain jenis ni yang paling best and obviously material yang mendapat sambutan paling menggalakan sebab ianya meresap peluh dan selesa dipakai pada bila-bila masa. Kain 100% cotton ni sangat lembut and feel comfortable bila dipakai tapi jenis kain ni ada sikit lah kekurangan iaitu kain ni cepat mengembang.


3)  CVC/PK/Lacoste
Material jenis kain ini adalah campuran antara polyster dan cotton. Kain ni kurang lah sikit meresap peluh tapi lebih lembut dari kain Tetra Cotton. Sangat sesuai untuk baju berkolar sahaja dan juga amatlah sesuai dijadikan t-shirt formal. 


4) Micro Fibre
Kain jenis ni amat selesa dipakai dan biasanya digunakan untuk aktiviti sukan atau aktivi luar. Mostly orang akan gunakan jenis ni untuk buat jersi. Kain ni mahal dari kain Tetra Cotton, Lacoste & Cotton 100% sebab bahan digunakan untuk kain ini sangat lah mahal and berkualiti tinggi. Yelaa... jenis kain untuk aktiviti lasak haruslah in best quality , yer idokk

5) Cotton Interlock
Untuk jenis kain ini pulak, ia memiliki kualiti yang tinggi dan memberikan keselesaan optimum kepada sesiapa yang memakai baju or t-shirt dari material ini. Kain cotton interlock ni lebih tebal, lembut tapi tak panas dan harganya sedikit mahal daripada jenis kain yang saya sebutkan tadi. Biasanya kain ini menjadi pilihan ramai yang tidak berkira tentang harga sebab mementingkan tahap keselesaan serta kualiti. Untuk orang yg ad income sesuai ler, yg student lagi tuu pakai t-shirt ikut bajet laa... Jangan nak belagak kaya kang merana, hehehehe gurau jeww yer 

Semoga sedikit maklumat tentang "Panduan Memilih Kain T-shirt" dapat la membantu sedare sedari semua untuk membuat pilihan yang tepat tentang fabrik untuk digunakan dalam pembuatan t-shirt anda tak kira lah tempah or buat sendiri... Assalamualaikum dan selamat beramal, Hehehee



2 comments:

  1. Terima kasih atas maklumat yang dikongsikan , sangat membantu . Semoga Allah membalas setimpal dengan usaha puan , bahkan dengan balasan yang lebih dari tu , Amin Ya Rabb .

    ReplyDelete
  2. Terima kasih puan atas perkongsian ilmunya..moga diberikan kesihatan yg baik dan ditambah kan lagi ilmunya

    ReplyDelete