Friday, 7 October 2016

KELEBIHAN DAN KEKURANGAN JENIS BAHAN BANTAL

Assalamualaikum, semalam tidur punya laa seronok sebab negeri Perak di basahi dengan curahan air hujan yang lebat...Mr Mama tidur berdengkur laa jugak semalam.. Hahahaha

Cerita pasal tido ni, Mr Mama suka nak kongsikan serba sedikit pasal bantal nii, ialah bantal kan benda penting kalau nak tido. Kalau boleh nak bantal yang empuk2 jew baru senang and nyaman tido. Korang tipulah boleh tido tanpa bantal, mesti sorang satu ada bantal busuk kann?? Jeng jeng jeng, MrMama pun ada bantal "wangi" okayy siap nama sendiri lagii tuu, oppsss 

Okay jom MrMama nak share sikit pasal "kelebihan dan kekurangan jenis bahan bantal".....

Sedapkan Mr Mama tido dengan bantal custom made niii :) :) :)

Bantal merupakan suatu benda yang sangat diperlukan semua orang semasa nak berehat aka nak tido lah selepas penat seharian bekerja ataupun penat dengan aktiviti2 lain. Namun kita kena sedar yang tahap keselesaan tidur akan terjejas bila kita silap memilih jenis bantal. Sampai satu tahap tu, sebabkan tido macam2 sakit dapat. Contohnya, sakit leher, pinggan, dan juga tulang belakang..ha sebab tuu bantal ni main peranan penting untuk dapatkan waktu tidur yang sempurna.

Terdapat pelbagai jenis bantal yang dapat anda semua gunakan, tapi tak semua bantal baik untuk kesihatan anda. So, mari kita lihat jenis2 bantal dan kesan terhadap kesihatan kita....

1) MEMORY FOAM

Bantal yang pertama ni nama sedap kan. Jenis memory foam ni diperbuat daripada Polyurethane iatu bahan yang berjenis kapas. Bahan memory foam ini memerlukan masa yang lama untuk kembali kebentuk asal, dalam ayat mudah kurang fleksibel. Bantal ini sangat bagus digunakan kerana keberkesanan yang tinggi memberikan keselesaan pada tengkuk dan leher anda sebab kelembutan daripada kapas menyerap sejumlah beban yang berada pada atas bantal. Jika anda sering kali mengalami masalah sakit lahir, jenis bantal memory foam ni adalah sangt sesuai untuk anda.

2) KAPUK

Bantal jenis ini menggunakan bahan kapuk yang mempunyai permukaan yang licin apabila bersentuhan dengan kulit kita.. wuu best lak bunyi dia. Tapi bantal yang mengunakan bahan kapuk ini sangat berpotensi dihinggapi dengan debu dan serangga kecil seperti tungau sejurusnya akan membuatkan anda berasa kurang selesa dan mudah menjejaskan kesihatan anda. Bagi sesiapa yang ada masalah lelah atau penyakit asma tidak digalakkan mengunakan bantal daripada bahan kapuk ini kerana boleh menyebakan asma anda semakin teruk akibat daripada debu yang senang melekat pada bantal. Kalau anda semua still nak gunakan bantak jenis kapuk ni make sure yang anda semua selalu menjemur bantal ini dibawah cahaya matahari untuk mengurnagkan debu dan tungau yang bersarang dalam bantal.

3) BULU ANGSA

Bantal yang menggunakan bulu angsa ini tidak sesuai digunakan buat mereka yang ada alahan terhadap debu dan bulu haiwan. Namun dari segi kebaikkannya, bantal jenis bulu angsa ini sangat bagus dalam aspek kelembutan yang terhasil daripada bulu angsa dalam bantal berbeza dengan mengunnakan bahan lain. Semakin banyak bulu angsa yang digunakan untuk membuat bantal semakin bertambah kelembutan bantal bulu angsa ini.

4) DACRON

Bantal jenis dacron ini diperbuat daripada serat plastik yang sangat halus. Serat plastik yang halus itu diisi kedalam sarung bantal dengan cara melipat untuk menghasilkan effect yang lebih halus dan lembut. Namun cara mengisi ke dalam sarung bantal juga boleh dilakukan dengan cara gumpalan, tetapi permukaan bantal akan menjadi tidak sekata serta kualiti yang kurang memuaskan. Ini kerana bahan dacron ini senang kempis dan memerlukan bahan serat plastik yang banyak untuk mejadikan ia lebih tebal dan mampat. Mengikut penilitian daripada pakar kesihatan berkaitan dengan isu tidur, doktor menyarankan kepada penghidap penyakit asma untuk menggunakan bantal jeins dacron kerana bahan tersebut tidak menyerap habuk dan kurang potensi untuk tungau atau bakteria bersarang dalam bantal.

Macam mana semua?? dah bertambah tak ilmu di dada tentang bantal nih?? Alhamdulilah itulah serba sedikiit perkongsian MrMama dengan anda semua tentang "kelebihan dan kekurangan jenis bahan bantal" . Diharapkan dengan info yang sebegini dapat membantu sedare sedari semua dalam pemilihan jenis bantal yang terbaik untuk menjadi peneman anda dikala waktu tidur ...

Assalamualaikum, selamat beramal yer .. share lah dengan family baru satu kelurga dapat tidur yang tenang and sihat sentiasa... Ameen

No comments:

Post a Comment