Saturday, 8 October 2016

KENAL KARAKTER MELALUI BANTAL

Haiii rakan2 Mr Mama yang hebat-hebat semuanyaa.. Apa khabar ? Sihat? Harap sentiasa dalam berkat dan lindungan Allah yerr, Ameen...

Hari ni Mr Mama nak citer laa sikit pasal karakter manusia nii, ada baik ada buruk , ada tak senonoh mcm2 lah kan ragam manusia nii, tapi bukan citar buruk karakter sesape pun.. MrMama mana lah pndai nak gosip mcm wartawan dal television tuh..hihihi

Mr Mama nak habaq kat hampa semua yang karakter kita ni boleh dikenali dengan posisi bantal timee kita semua "tidur lena di buai mimpi indah" amboih mcm lirik lagu..sedap pulakk dengar hehhehe.. Okay jum kita tengok macam mana nak KENAL KARAKTER MELALUI BANTAL niii..

Cara mengenal karakter melalui penggunaan bantal sewaktu tidur:

1) Memeluk Bantal

Mereka yang suka memeluk bantal biasanya berjiwa seni yang mempunyai penghargaan yang tinggi terhadap lukisan, musik, dan sastera. Perasaan mereka ni senang nak kena usik dan jiwa sangat lah romantik. Kadangkala ada jugak yang boleh dapat ilham time tengah sedap tidur. Orang yang suka peluk bantak ni baik hati senang nak prihatin terhadap orang lain.. Haaa mcm Mr Mama nii , hehehhe

2) Menggunakan Banyak Bantal

Orang yang tidurnya suka guna banyak bantal selalunya seseorang yang kurang keyakinan. Mereka nie golongan yang memerlukan banyak pendamping dalam kehidupan seharian. Mereka juga jarang membuat keputusan sendiri, sebaliknya lebih suka untuk bertanyakan pendapat daripada orang lain tentang setiap hal.

3) Tidur Dengan Satu Bantal

Haa orang yang jenis tidur guna satu bantal ni jenis yang tahu erti bersyukur, tak mengada-ngada dan boleh terima apa jua keadaan. Golongan ini juga sering membuat keputusan dengan permikiran yang matang dan bukan kerana nafsu semata-mata dalam setiap tindak tanduk mereka. 

4) Meletakkan Bantal Di Bawah Kaki

Jangan marah kalau nampak kawan2 atau sedara mara yang perangai macam nih. Biasalah dah nama pun karakter, terima jelah pada masa yang sama mendidik. Mereka yang tidur dalam kedaan bantal bawah kaki biasanya mempunyai sifat kurang baik. jarang nak bergaul dengan orang ramai, malah segan or malu dalam pergaulan. Sebab tu golongan seperti ni ego tinggi menggunung. Mereka juga gemar untuk mengambil jalan mudah atau jalan pintas untuk mencapai cita2 tanpa usaha yang berterusan. 

5) Tidur Tanpa Bantal

Ishhh kesian tidur yang takda bantal nii. Tapi takdew bantal pun tidur lena jaa dari org yang tidur bantal banyak, hahaha.. Mereka yang tidur tanpa bantal ni memiliki sifat percayakan diri dan tahap keyakinan tinggi dalam diri. Tapi biasalah bila dah yakin sangat mereka ni akan jadi ego sikit . Susah nak terima pendapat orang lain..

Tulah serba sikit cara KENAL KARAKTER MELALUI BANTAL yang boleh anda guna. tapi jangan lah khianat pulak member tengah sedap tidur dengan amik bantl dia tuu, kesian member..

Sekian Untuk Hari Ini.. berjumpa lagi yerr 

KoLeKsI LaWaK JeNaKa (^_^)

Ermmmm ... mcm mana hunjung minggu hampa semua??? ada anything yang fun or best nak kongsi ?? Biasalah petang2 hujung minggu camni malas nak keluarkan, takdew apa sangat pun kat pekan Seri Iskandar nii melainkan kereta yang banyak pulang dari destinasi masing-masing....

Memandangkan petang ni agak suram kat umah Mr Mama nii, yelahh hujung minggu jew housmate semua balik so bosan2 saya sajalaa nak test sikit punchline lawak kat sini, hhehehe (nak jadi rajalawak konon) so petang ni Mr Mama nak kongsi laa sikit koleksi lawak pendek yang tetiba masuk dalam minda separa mengantuk nii... senyum sorang2 pun jadilah #singleforeveralone , Hahaahaha

Jadi harap anda terhibur lah yer ......


>>>Lawak Kentut<<<

Haaa kalau sebut pasal kentut semua fikir loqlaq(kotor), tapi benda agak funny jugak taww sebab...

org Amerika kentut cakap EXCUSE Me
org British kentut mesti cakap PARDON ME
org Singapore kentut selalu cakap FORGIVE ME
tapiii part best tentang rakyat Malaysia nii
KITA kentut msti diam or cakap NOT ME! NOT ME!

sumber daripada: lawaksempoi.blogspot.my

hahahahahaaha :) :) :) :)  

>>>Lawak Samdol<<<

Samdol sedang di interview di sebuah syarikat:

Pegawai: Nama saudara siapa ?
Samdol: "Samdol pak...."
Pegawai: "Cuba ceritakan tentang keluarga kamu!!....
Samdol: "Saya ada 2 beradik..adik saya masih belajar di sekolah kat kg.. Org tua saya tinggal di Kedah.. MakTok dengan TokAyah saya belah Ayah tinggal kat Perlis.. Tok & Tokwan belah mak saya duk kat Melaka..., tapi TokWan sya dah meninggal, pak sedara saya dan mak sedara semua tinggal kat Langkawi.."
Pegawai: "Hang ni boleh cakap bahasa Inggeris ?
Samdol: "Yes..of course i am.. (confident)
Pegawai: "Ok, now tell me about your family in English!!...
Samdol: "Sorry Sir, i don't have family in English.. everyone stay in
Malaysia"..

Hahahahaha , aduhai laa Samdol tuu laa hang over confident sangat kan dah mendapat malu...

Ittu jelah sikit Koleksi Lawak Jenaka petang2 mcm niii, kalau ada lagii Mr Mama update nohhh

Assalamualaikum, selamat bersantai...

Friday, 7 October 2016

KELEBIHAN DAN KEKURANGAN JENIS BAHAN BANTAL

Assalamualaikum, semalam tidur punya laa seronok sebab negeri Perak di basahi dengan curahan air hujan yang lebat...Mr Mama tidur berdengkur laa jugak semalam.. Hahahaha

Cerita pasal tido ni, Mr Mama suka nak kongsikan serba sedikit pasal bantal nii, ialah bantal kan benda penting kalau nak tido. Kalau boleh nak bantal yang empuk2 jew baru senang and nyaman tido. Korang tipulah boleh tido tanpa bantal, mesti sorang satu ada bantal busuk kann?? Jeng jeng jeng, MrMama pun ada bantal "wangi" okayy siap nama sendiri lagii tuu, oppsss 

Okay jom MrMama nak share sikit pasal "kelebihan dan kekurangan jenis bahan bantal".....

Sedapkan Mr Mama tido dengan bantal custom made niii :) :) :)

Bantal merupakan suatu benda yang sangat diperlukan semua orang semasa nak berehat aka nak tido lah selepas penat seharian bekerja ataupun penat dengan aktiviti2 lain. Namun kita kena sedar yang tahap keselesaan tidur akan terjejas bila kita silap memilih jenis bantal. Sampai satu tahap tu, sebabkan tido macam2 sakit dapat. Contohnya, sakit leher, pinggan, dan juga tulang belakang..ha sebab tuu bantal ni main peranan penting untuk dapatkan waktu tidur yang sempurna.

Terdapat pelbagai jenis bantal yang dapat anda semua gunakan, tapi tak semua bantal baik untuk kesihatan anda. So, mari kita lihat jenis2 bantal dan kesan terhadap kesihatan kita....

1) MEMORY FOAM

Bantal yang pertama ni nama sedap kan. Jenis memory foam ni diperbuat daripada Polyurethane iatu bahan yang berjenis kapas. Bahan memory foam ini memerlukan masa yang lama untuk kembali kebentuk asal, dalam ayat mudah kurang fleksibel. Bantal ini sangat bagus digunakan kerana keberkesanan yang tinggi memberikan keselesaan pada tengkuk dan leher anda sebab kelembutan daripada kapas menyerap sejumlah beban yang berada pada atas bantal. Jika anda sering kali mengalami masalah sakit lahir, jenis bantal memory foam ni adalah sangt sesuai untuk anda.

2) KAPUK

Bantal jenis ini menggunakan bahan kapuk yang mempunyai permukaan yang licin apabila bersentuhan dengan kulit kita.. wuu best lak bunyi dia. Tapi bantal yang mengunakan bahan kapuk ini sangat berpotensi dihinggapi dengan debu dan serangga kecil seperti tungau sejurusnya akan membuatkan anda berasa kurang selesa dan mudah menjejaskan kesihatan anda. Bagi sesiapa yang ada masalah lelah atau penyakit asma tidak digalakkan mengunakan bantal daripada bahan kapuk ini kerana boleh menyebakan asma anda semakin teruk akibat daripada debu yang senang melekat pada bantal. Kalau anda semua still nak gunakan bantak jenis kapuk ni make sure yang anda semua selalu menjemur bantal ini dibawah cahaya matahari untuk mengurnagkan debu dan tungau yang bersarang dalam bantal.

3) BULU ANGSA

Bantal yang menggunakan bulu angsa ini tidak sesuai digunakan buat mereka yang ada alahan terhadap debu dan bulu haiwan. Namun dari segi kebaikkannya, bantal jenis bulu angsa ini sangat bagus dalam aspek kelembutan yang terhasil daripada bulu angsa dalam bantal berbeza dengan mengunnakan bahan lain. Semakin banyak bulu angsa yang digunakan untuk membuat bantal semakin bertambah kelembutan bantal bulu angsa ini.

4) DACRON

Bantal jenis dacron ini diperbuat daripada serat plastik yang sangat halus. Serat plastik yang halus itu diisi kedalam sarung bantal dengan cara melipat untuk menghasilkan effect yang lebih halus dan lembut. Namun cara mengisi ke dalam sarung bantal juga boleh dilakukan dengan cara gumpalan, tetapi permukaan bantal akan menjadi tidak sekata serta kualiti yang kurang memuaskan. Ini kerana bahan dacron ini senang kempis dan memerlukan bahan serat plastik yang banyak untuk mejadikan ia lebih tebal dan mampat. Mengikut penilitian daripada pakar kesihatan berkaitan dengan isu tidur, doktor menyarankan kepada penghidap penyakit asma untuk menggunakan bantal jeins dacron kerana bahan tersebut tidak menyerap habuk dan kurang potensi untuk tungau atau bakteria bersarang dalam bantal.

Macam mana semua?? dah bertambah tak ilmu di dada tentang bantal nih?? Alhamdulilah itulah serba sedikiit perkongsian MrMama dengan anda semua tentang "kelebihan dan kekurangan jenis bahan bantal" . Diharapkan dengan info yang sebegini dapat membantu sedare sedari semua dalam pemilihan jenis bantal yang terbaik untuk menjadi peneman anda dikala waktu tidur ...

Assalamualaikum, selamat beramal yer .. share lah dengan family baru satu kelurga dapat tidur yang tenang and sihat sentiasa... Ameen

TIPS MENARIK "PURCHASE" PAKAIAN SECARA ONLINE


Assalamualaikum semua, hampa semua sihat kaa hari nih?? Mr Mama doakan semuanya sihat belaka laa yer...hujung minggu ni eloklah bawak family keluar jalan makan angin baru life lebih seronok tak gituuu .. Oh ye, time cuti mcm ni la Mr Mama sempat nak sembang2 dengan hampa semua.. Memandangkan era sekarang ni canggih dengan kemajuan teknologi, bisnes online ni ibaratkan "bagai cendawan tumbuh selepas hujan" so, hari ni Mr  Mama nak kongsikan laa sikit  beberapa guideline untuk anda semua Tips Menarik "Purchase" Pakaian Secara Online. 

Selalunya macam2 masalah berkaitkan dengan isu membeli secara online, kena tipulah , saiz tak ngam, material low class & mcam2 lagi lahh.. So Mr Mama bagi laa sikit tips yang boleh menambahkan keyakinan anda untuk shopping pakaian secara dalam talian.....

TIPS #1 PASTIKAN MATERIAL PAKAIAN 

Material pakaian ni laa paling penting dalam elemen pembuatan pakaian. So, first thing first ialah anda semua perlu memastikan jenis material apa yang digunakan. Contohnya, cotton, lacoste, micro fibre, lycra, crepe dan lain-lain. Bukan apa laa yer teman2, kekadang kita nih nak rasa selesa untuk dress up so bila material tu nice baru yakin nak keluar berjalan. Untuk dapat kepastian material, Mr Mama suggest lah korang semua tanya kepada peniaga berkenaan atau boleh mencari maklumat jenis material tentang ciri2 material tersebut.

TIPS #2 KENAL PASTI CIRI-CIRI PAKAIAN

Nak membeli secara online nak look simple kan, tapi kekadang tuh rambang mata jugaklah nak pilih sebab banyak yang comel, segak and of course smart bila imagine kita yang pakai. So, sebelum rambang mata anda semua haruslah set kan ciri2 pakaian yang anda semua nak beli dan sesuai untuk kegunaan anda. Contohnya, blouse yang longgar untuk bersantai, tshirt cotton untuk beriadah dan lain2. Jadi, kenal pasti lah terlebih dahulu pakaian yang anda nak dengan melihat sejumlah gambar yang tertera befor dapatkan info lanjut tentang pakaian tu daripada peniaga berkenaan. 

TIPS #3 DAPATKAN SAIZ YANG TEPAT


Saiz pakaian sangatlah penting uollss, haaaaa tak kena saiz melenting kauu.. hahaha
Saiz ni penting sebab nak menjaminkan keselesaan kita supaya anda semua tidak memakai pakaian yang terlalu besar atau terlalu kecil daripada saiz tubuh badan anda. Sebelum membeli tu check la dulu carta saiz yang disediakan selalunya ada, kalau takdew direct terus dengan peniaga untuk tahu saiz yang available. So, dari situ anda semua boleh kenal pasti saiz yang diberikan samada dalam ukuran inci atau cm. Walaupun saiz yang dinyatakan dalam carta adalah saiz standard seperti S, M, L, XL tapi kena careful guys sebab ukuran sometimes berbeza. Pernah laa jugak Mr Mama beli baju ikut saiz standard, excited laa baju dah smpai, sekali pakai OMG ketat sangat nampak perut Mr Mama yang  macam belon nih.. huhuhu. 

Ukuran saiz nii ikut jenama and design walaupun saiz yang dinyatakan sama as standard. Jadi, semak lah terlebih dahulu yer korang. Tanya jew dekat peniaga untuk membantu mendapatkan saiz yang ideal dengan anda, tak da lah nak susahkan diri pulak nak tukar saiz selepas pembelian dilakukan. 

TIPS #4 BANDINGKAN HARGA & KUALITI

Sebut pasal harga ni mesti nak shopping ikut bajet kan? So mestilah anda semua nak kan pakaian yang menarik dengan harga yang menarik, senang citer harga sesuai dengan kualiti pakaian. Material pakaian dengan kualiti tentunya akan berbeza dari segi harga. Buatlah pembelian mengikut bajet yang anda dah tetapkan tapi tak salah pun kalau anda nak berbelanja lebih sekali sekala untuk dapatkan pakaian yang kualiti tinggi sebagai ganjaran untuk diri sendiri. Berbelanja tu kena berhemah yer guys, maklumlah ekonomi kita sekarang ni agak slow in growth so amat penting dapatkan pakaian dengan harga yang setanding kualiti yang diberikan. Lihat komen atau testimoni pelanggan2 sebelum nih untuk pastikan kesahihan dan feedback daripada customer lain. Last but not least, anda semua nak berjimat boleh juga membeli pakaian secara online dengan merebut peluang mendapatkan pakaian yang anda semua minat time jualan murah or lelong. 

(^_^) Semoga Tips menarik "purchase" pakaian secara online ini dapat membantu anda membuat pilihan yang bijak ketika nak membeli pakaian secara online daripada mana2 bisnes laa yerr..


PANDUAN MEMILIH KAIN UNTUK T-SHIRT

Haii, berjumpa lagi kita yerrr. Okay hari ni Mr Mama nak kongsikan sikit lah yer dengan korang semua tentang PANDUAN memilih material untuk Tshirt,, senang citer laa kan Mr Mama nak share laa pasal jenis-jenis kain yang cun for baju tshirt..

Dalam dunia designing ni memang wajib lah kena ada ilmu mengenai jenis kain ni, kalau tak susah laa nak pilih kain yang best for baju kan.  Terdapat pelbagai jenis kain yang popular atau biasa digunakan dalam industri pembuatan t-shirt. Mesti ramai yang tak tahu kan jenis2 kain yang ada dalam pasaran untuk t-shirt ?? So, wajarlah Mr Mama kongsikan serba sedikit  ilmu tentang kain ni yerr.

Selalunya persoalan utama tentang t-shirt ni adalah berkaitan dengan harga. Harga kain untuk membuat t-shirt sebenarnya bergantung kepada harga bahan mentah dipasaran. So, lagi mahal harga mentah kain lagi mahal lah t-shirt yang korang nak beli tuu.

Persoalan lain yang sering ditumbulkan ialah kenapa kualiti kain berbeza walaupun material yang dipakai adalah sama contohnya "Cotton". Untuk pengetahuan semua, kualiti kain bergantung kepada dari negara mana bahan tersebut dibuat. Kualiti Cotton dari negara China, India & Bangladesh adalah berbeza. Jadi tak peliklah if harga dan kualiti t-shirt cotton dari setiap pengeluar juga berbeza. 

Pemilihan jenis kain yang tepat akan menghasilkan kualiti printing dan sulaman yang awesome. Baru syok pakai t-shirt kain selesa and design yang look live. 

Terdapat 5 jenis kain yang popular di Malaysia dalam industri pembuatan pakaian:

1) Tetra Cotton (TC 26)
Kain tetra cotton ni selalunya for those yang nak t-shirt dalam range bajet rendah. Jenis kain ini sangatlah meluas digunakan untuk baju muslimah, t-shirt tadika, and t-shirt sekolah. Kain jeins ini bukan 100% cotton dan kurang meresap peluh tetapi ia adalah material yang tahan lama sebab susah nak kembang. 

2) Cotton 100%
Kain jenis ni yang paling best and obviously material yang mendapat sambutan paling menggalakan sebab ianya meresap peluh dan selesa dipakai pada bila-bila masa. Kain 100% cotton ni sangat lembut and feel comfortable bila dipakai tapi jenis kain ni ada sikit lah kekurangan iaitu kain ni cepat mengembang.


3)  CVC/PK/Lacoste
Material jenis kain ini adalah campuran antara polyster dan cotton. Kain ni kurang lah sikit meresap peluh tapi lebih lembut dari kain Tetra Cotton. Sangat sesuai untuk baju berkolar sahaja dan juga amatlah sesuai dijadikan t-shirt formal. 


4) Micro Fibre
Kain jenis ni amat selesa dipakai dan biasanya digunakan untuk aktiviti sukan atau aktivi luar. Mostly orang akan gunakan jenis ni untuk buat jersi. Kain ni mahal dari kain Tetra Cotton, Lacoste & Cotton 100% sebab bahan digunakan untuk kain ini sangat lah mahal and berkualiti tinggi. Yelaa... jenis kain untuk aktiviti lasak haruslah in best quality , yer idokk

5) Cotton Interlock
Untuk jenis kain ini pulak, ia memiliki kualiti yang tinggi dan memberikan keselesaan optimum kepada sesiapa yang memakai baju or t-shirt dari material ini. Kain cotton interlock ni lebih tebal, lembut tapi tak panas dan harganya sedikit mahal daripada jenis kain yang saya sebutkan tadi. Biasanya kain ini menjadi pilihan ramai yang tidak berkira tentang harga sebab mementingkan tahap keselesaan serta kualiti. Untuk orang yg ad income sesuai ler, yg student lagi tuu pakai t-shirt ikut bajet laa... Jangan nak belagak kaya kang merana, hehehehe gurau jeww yer 

Semoga sedikit maklumat tentang "Panduan Memilih Kain T-shirt" dapat la membantu sedare sedari semua untuk membuat pilihan yang tepat tentang fabrik untuk digunakan dalam pembuatan t-shirt anda tak kira lah tempah or buat sendiri... Assalamualaikum dan selamat beramal, Hehehee



TIPS MEMILIH WARNA PAKAIAN YANG SESUAI

Assalamualaikum semua, haaaaa lama kan takdew post daripada stylishcotton.co maaf lah yer buat hampa semua tertunggu tunggu pulak dengan update Mr Mama niee .. hehehehe

Busy nauu dengan hal-hal duniawi nii , almaklumlah ceq nii student lagi haaa .. Bila dah nama student macam2 hal lah kena tempuh demi segulung ijazah . Memandangkan stylishcotton.co ni entiti yang terlibat dengan industri design and fashion (cewahhh ajet glamour laa sikit) kami Mr Mama nak kongsi laa sikit beberapa tips dengan hampa.

Tips Memilih Warna Pakaian Yang Sesuai

Warna merupakan peranan utama yang mempunyai daya tarikan tersendiri dalam menonjolkan perihal mengenai cerminan peribadi atau emosi seseorang. Mengikut penilaian daripada kajian yang dilakukan, setiap manusia di muka bumi ini memiliki aura yang tersendiri apabila mengenakan pakaian menikut warna-warna tertentu. Sehubungan dengan itu, warna juga seringkali dikaitkan dengan simbolik kepada suatu budaya dan bangsa di Malaysia ini.
Apa sebenarnya yang menarik tentang warna ni yer??

Haa meh Mr Mama nak kongsikan sikit pengertian atau maksud di sebalik warna-warna yang wujud di sekililing kita. Perkongsian ini mungkin serba sedikit dapat membantu anda sebagai panduan untuk memilih warna pakaian yang hampa semua nak pakai...


1) PUTIH
  • Warna Putih melambangkan kedamaian, ketenangan dan kesucian. Jadi semua orang seharusnya ada at least sekurang-kurangnya sehelai baju bewarna putih.
  • Pakaian berwarna putih sesuai dipakai dalam keadaan cuaca yang panas lebih2 lagi kat Malaysia ni sebab warna putih bersifat memantulkan haba dan cahaya. Tapi kena la jaga sikit kebersihan dan warnanya yang boleh menampakkan bentuk badan.
  • Warna Putih ni dalam bahasa mudah adalah warna yang natural tak selfish bak kata orang putihh sebab boleh match dengan kesemua warna yang lain.
2)   BIRU
  • Warna biru ni dikatakan boleh meransang minda dan membuatkan komunikasi pemakainya lebih lancar dan teratur. Selain itu, ia juga melambangkan kepercayaan, kedamaian dan selamat.
  • Kebiasannya warna biru atau dalam code warna untuk cotton ialan "Dark Navy Blue" yang kita selalu nampak dipakai oleh pegawai penguatkuasa undang-undang seperti uniform Polis yang menggambarkan keselamatan.
  • Pakaian warna biru nih sesuai dipakai pada hari Rabu atau ketika mesyuarat, presentation atau untuk attend majlis yang melibatkan diri si pemakai untuk beriteraksi dan berkomunikasi dengan orang ramai ketika majlis. Orang yang menggemari warna biru kebiasaannya sukakan ketenangan. 
3)   HIJAU
  • Warna hijau yang sinonim dengan warna rumput serta daun sebenarnya memberikan ransangan alamiyah untuk merasai ketenangan dan tenteram kepada seseorang. Malahan bagi kita yang beragama Islam warna hijau adalah satu warna kegemaran junjungan besar Baginda Nabi Muhammad SAW.
  • Warna Hijau kelihatan sangat natural kerana sifatnya yang dekat dengan alam semulajadi seterusnya membuatkan seseorang yang memakai baju bewarna Hijau dilihat sebagai individu yang sukakan kedamaian dan tenang.
  • Sumber daripada kajian mendapati warna Hijau berfungsi sebagai pemancar kepercayaan dan kesihatan emosi yang positif kepada seseorang. 
4)  MERAH
  • Merah adalah simbolik kepada unsur tenaga yang menampilkan si pemakai tampak lebih yakin.
  • Warna Merah membawa maksud garang, tuah, kekayaan dan juga kuasa.
  • Sesuai dipakai pada hujung minggu di mana biasanya tenaga sudah berkurang selepas penat bekerja sepanjang minggu. Ianya dapat memulihkan tenaga dalaman si pemakai.
  • Merah juga mencerminkan keberanian, ketegasan, seksi serta menggoda. 
  • Tapi harus di ingatkan juga yer sedara sedari, elakkan untuk memakai warna merah ketika nak tenangkan anak kecil yang sedang menangis.
5)  HITAM
  • Warna formal yang selalu orang pakai dalam sesuatu organisasi atau bidang perniagaan.
  • Hitam juga sangat eksklusif untuk penampilan yang nampak elegan serta macho. Ingat tak iklan mamat jepun ni nama Ray cakap yang "Hitam itu menawan". 
  • Sangat sesuai untuk pemakai bertubuh besar yang nak kelihatan kurus.
  • Tidak digalakkan bagi mereka yang bekerja dalam sektor yang memerlukan daya fikiran kreatif kerana warna hitam disimpulkan sebagai warna yang tak dapat nak create imaginasi tinggi.
  • Memakai warna hitam membuat seseorang itu dikaitkan dengan karakter misteri. 
  • Hitam ditafsirkan sebagai warna yang menggambarkan sikap agresif seseorang. So sangat suitable untuk atlit berkumpulan yang nak tonjolkan sifat agresif pasukan terhadap pihak lawan. 

Tudiaaa, banyak jugak laa kan pasal warna yang kita tak tahu. Sebenarnya banyak lagi warna yang nak dikongsikan tapi ... jangan la bimbang yer Mr Mama akan post lagi Tips Memilih Warna Pakaian Yang Sesuai masa akan datang... boleh yer?? Harap tips di atas serba sedikit membantu sedare sedari semua memilih warna baju yang sesuai sebelum nak pakai tuu....

Wednesday, 5 October 2016

Salam Perkenalan

Hai semua (^_^) Saya baru disini . Selamat Datang ke stylishcotton.co .